Rabu, 16 Januari 2013

cara pikat perempuan

sembang-sembang


Cara Pikat Hati Wanita

Weee~~~rajin plak YY nak share tips dengan korang.Cara-cara nak pikat hati wanita lagik.Jinak - jinak merpati, datang dekat ia lari. Begitulah perumpamaan yang sering dikaikan dengan sikap wanita.Ada yang kata wanita sukar didekati, namun ada yang menyifatkan wanita sebagai mudah dicari jika mereka menurut hawa nafsu yang sembilan itu.Apa pun caranya,aku  nak kongsi tips cara memikat gadis yang korang minat.


1.TETAP DENGAN CARA ANDA
Tak usah berpura-pura depan dirinya.Apatah lagi, jika korang terpaksa mencari identiti baru semata-mata mahu memikat dirinya.Tindakan ini sudah pasti akan menyusahkan diri korang sendiri.



2.BERTINDAK SPONTAN.
Ini kerana idea yang spontan dilihat sangat kreatif di mata seorang wanita. Ia menambahkan lagi saham.Bila keluar bersamanya,rancanglah perkara-perkara yang menarik supaya dapat memikat hatinya.


3.BERTEGAS DENGAN APA YANG KORANG LAKUKAN.
Salah satu karakter yang mungkin boleh diguna pakai ialah ketegasan korang.Jika korang menyatakan minat hendak mendampinginya,berusahalah memikatnya.Apa saja halangan perlu korang tempuhi, anggap saja sebagai mudah dan tunjukkan kesungguhan korang itu.



4.RANCANG SESUATU YANG MENARIK.
Rancanglah sesuatu apabila korang ingin keluar berdua.Jangan menunjukkan sikap kelam kabut dan tidak tentu arah. Ingat, kadangkala peluang tidak akan datang berkali-kali. Bila korang melakukan satu kesilapan bermakna korang melepaskan peluang mengenali dirinya.




5.UTAMAKAN DIRINYA.
Wanita mencari lelaki yang boleh menyayanginya sepenuh hati, menjaganya dengan baik, mencintainya dengan penuh kasih sayang.Jadi apabila korang berjaya mencuri hatinya, jagalah dengan baik.Jangan abaikan dirinya walaupun sibuk kerana apabila perasaan terluka maka korang mungkin boleh kehilangannya.




6. BERCERITA TOPIK YANG DIMINATI
Kalau dia tidak meminati bola, jangan sesekali korang bercerita tentang bola keoadanya. Ia akan hanya membisankan.Sebaliknya cuba selami apa yang diminatinya.Lebih bagus,jika gadis yang korang minat mempunyai minat yang sama dengan korang, lebih mudah berbicara.




7.MENJAGA KETERAMPILAN DIRI.
Jangan penampilan selekeh, jaga cara korang berpakaian,kekemasan rambut dan sebagainya.Ini kerana gadis yang korang nak kenal mungkin anak kepada golongan tertentu atau yang menjaga penampilan diri.
Jadi kalau penampilan korang jauh beza,maka akan dilihat sebagai satu perbezaan cara dan gaya hidup.Oleh itu korang perlu menjaga penampilan diri kerana manusia sekarang suka memandang luaran.




8.TIDAK TERLALU BERLEBIHAN-LEBIHAN
Ada pelbagai cara untuk memikat.Tapi kalau berlebihan pasti akan membosankan wanita yang korang minati.Sebaiknya sederhana dalam segala hal.Jangan terlalu berlebihan kerana korang mungkin dibenci kerana sikap itu.




9.TUNJUKKAN KASIH SAYANG
Kata orang, satu cara hendak menambat hati suami, ikat dahulu perut dan nafsunya. Itu mungkin kepada lelaki tetapai wanita?.Wanita sangat kalah dengan kasih sayang. Bila korang menunjukkan sikap mengambil berat tentang dirinya, bermakna korang sudah memikat hatinya.




10.KELAINAN DIRI
Satu lagi cara ialah dengan memperlihatkan kelainan diri korang.Memang ramai lelaki romantis tetapai adakah korang lelaki romantis berhidung belang? Kalau korang camtue bermakna korang hanya mampu menjerat wanita yang bukan baik hati budinya. Jadi tunjukkan di mana keistimewaan korang yang tiada pada lelaki lain.



So, korang yang lelaki2 idaman malaya. Moga tips ini membantu korang dapat wanita pujaan. Hati wanita kan macam kerak nasi, lelama kena air mesti lembut punya.Layaaaanssss.

YANG PENTING KENA YAKIN DAN BERANI K.......

       

1 ulasan: